Suka saya berkongsi disini tentang salah satu sistem penyampaian maklumat yang cepat dan tepat dalam sistem pengurusan kewangan terutamanya di peringkat sekolah.Ini bermakna hampir semua sistem penyampaian melalui aplikasi online telah ada dan ini sudah semestinya memudahkan gerak kerja organisasi pengurusan kewangan pada setiap jabatan mahunpun sekolah.
Apa Itu Sistem Maklumat Akaun Sekolah ?
1.Sistem Maklumat Akaun Sekolah adalah sebuah aplikasi atas talian yang dibangunkan dengan merujuk kepada maklumat akaun sekolah bagi Kumpulan Wang Kerajaan dan Kumpulan Wang Asrama yang disediakan oleh Bahagian Audit Dalam, Kementerian Pelajaran Malysia bertujuan untuk membolehkan Pengurusan KPM mendapatkan maklumat, memantau dan menilai prestasi kewangan di setiap sekolah.
2.Maklumat Kumpulan Wang Kerajaan diperoleh berdasarkan Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan serta Buku Subsidiari sekolah bagi tahun yang berkaitan.
3.Manakala maklumat Kumpulan Wang Asrama diperoleh berdasarkan Buku Tunai Kumpulan Wang Asrama serta Buku Subsidiari asrama bagi tahun yang berkaitan (bagi sekolah yang BERASRAMA sahaja).
4.Data / maklumat terimaan dan perbelanjaan setiap bulan perlu dikemas kini ke dalam sistem ini pada atau sebelum 5hb dalam bulan berikutnya selepas dokumen dan rekod kewangan (Buku Tunai) dikemaskini, diimbang dan ditutup mengikut peraturan kewangan sedia ada.
Untuk lebih faham tentang manual SMAS sila klik link Manual Sistem Maklumat Akaun Sekolah
